Sunday, July 18, 2010

RIDE UTARA SELATAN

RIDE SILATURRAHIM BUTTERWORTH – MUAR –BUTTERWORTH
(09 HINGGA 11 JULAI 2010)

Satu program ride dari Utara ke Selatan telah diaturkan oleh kami bikers dari Kepala Batas Butterworth Pulau Pinang. Kalau tak silap aku plan ni dah dirancang dalam awal tahun ni juga cuma masa tidak mengizinkan kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Alhamdulillah…akhirnya apa yang kami rancang telah dapat kami laksanakan. Walaupun tempoh masa sekejap sahaja tapi agak berbaloi & kepuasan dapat dirasai. Yelah…dari tak kemana-mana duk peruk motor jalan dekat-dekat je tak puas jugakan.
Asalnya ride ni dalam 8 buah motor, tapi yelah kita manusia biasa, hanya mampu merancang & ALLAH tetap menentukan, semua itu tetap ada hikmah...

09 Julai 2010 (JUMAAT) – Ride dimulakan dari Hentian Juru…Sampai Hentian Sg Perak isi minyak & teruskan perjalanan…
Hentian Ulu Bernam berhenti makan minum, buang pe patut, isi minyak & perjalanan kami diteruskan. 2km sebelum Hentian Ayer Keroh minyak motor Nik habis, jadi...dia & wife bawa motor aku, aku lak bawa motor dia dengan Zaki terpaksa menolak…Hentian Ayer Keroh Solat Jamak, isi minyak & teruskan perjalanan…Masuk Melaka, repair skru ekzos Nik yg tercabut, cuba ke A’Famosa & Bandar Hilir tp x jumpa sbb jln bnyak berubah, terpusing2 je (maaf ye kengkawan sbb x tertunai hajat hangpa nak lepak kat A'Famosa), call kwn kat Melaka dia kursus lak, jadi kami terus ke Umbai pekena Ikan Bakar di Gerai Parameswara…Dah kenyang terus ke Muar (homestay) & rehat2kan badan.

10 Julai 2010 (SABTU) – 9.00pg lps bersarapan pi kedai AhSeng repair kaki ekzos Zaki yg patah, AhSeng xde pi Singapura tinggal pekerja dia bdk baru nak pateri ekzos pun dkat 2jam lbh sampai kami lak ajar dia pe kena buat…Smentara tgu kami siap call Asri bgtau bawa yg lain lepak Tanjung Emas naik bot ke ronda Sg Muar tapi dia org bantai buat taik mata lak…ishh...ishh..ishhh....Pkl 12.00 kami jenguk Ladang Herba Nasuha & Solat Jamak…

Singgah makan di Pagoh & terus ke Bukit Kepong…Pkl 4.30 sampai Kg aku, mkn keledek goreng cicah sambal kicap & petik buah dokong, pastu pi rumah mak mertua aku pekena durian & bubur kacang durian…Balik homestay mandi, Solat & trus ke Pt Jawa makan asam pedas Ikan Sembilang & Ikan Pari…Pastu lepak kat Tanjung Emas…Pkl 12.00mlm pi mkn Mee Bandung…1.00pg blik Homestay, rehat…

11 Julai 2010 (AHAD) - 8.45pg kawan2 ke Ladang Herba Nasuha, Rizal nak ambil ubat dia yg tertgl smlm, aku lak tgu kat Tangkak…10.00pg sarapan dekat Dataran Tangkak…10.45pagi kami teruskan perjlanan blik ke Btworth…Singgah di Hentian Tapah utk makan tghari & solat…Klu x silap lepas Hentian Sg Perak ada 1 kemalangan ngeri berlaku baru je berlaku…kancil langgar penghadang tengah jalan…tgk2 kaum Adam & Hawa terbring atas jln…yg lelaki darah penuh membasahi jln dari bhgian kpala…pmpuan lak aku x brape perasan…insaf jap slow je ride kami sbb tgk kmlngan tadi…x lama berdesup balik…sampai Juru Rizal ajak ke rumah sepupunya di Permatang Pauh ada makan2…Slesai makan kami balik ke destinasi masing2 dgn keadaan selamat…Alhamdulillah.

Kepada Sahabat-sahabat & Isteri yang turut serta ride kali ini…Terima Kasih kerana sudi ride ke Kg Halaman aku di Muar Johor…Sebenarnya aku masih x puas hati sbb x dpt bawa kwan2 ronda tempat2 yg lain, tapi nak buat mcmne masa x mencukupi…klu ada yg terkurang & tersilap masa ride maaf aku minta yerkkk…
Jika di izinkan ALLAH, nti kita ride jelajah Johor lagi atau jelajah Melaka atau jelajah Pantai Timur atau mana2 yg hangpa rasa nak pi lah…Apa pun ada rezeki & jika di izinkan ALLAH kita akan teruskan RIDE…RIDE…RIDE...Menghayati keindahan alam ciptaanNYA & mensyukuri nikmat serta kemudahan yang diberikan kepada kita...Insya-ALLAH.