Monday, March 14, 2011

UNTUK RENUNGAN SESAMA SAUDARA

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBNYAK 5 KALI:

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah yang penuh dengan tanah & debu, maka bawalah amal yang soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan 'BISMILLAH' sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar & Nakir, maka banyakkanlah bacaan 'LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADAR RASULLULLAH' supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

5 JENIS RACUN & 5 JENIS PENAWAR

1. Dunia itu racun, ZUHUD itu ubatnya.
2. Harta itu racun, ZAKAT itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, ZIKIR itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, TAAT itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, maka RAMADHAN itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 'Ada 4dipandang sebagai ibu iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.

RENUNGAN:
Orang yang tidak melakukan solat:
SUBUH -> Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
ZUHUR -> Tidak diberikan berkah didalam rezekinya.
ASAR -> Dijauhkan dari kesihatan dan kekuatan.
MAGHRIB -> Tidak diberikan santunan oleh anak-anaknya.
ISYAK -> Dijauhkan kedamaian didalam tidurnya.

KAEDAH MENGESAN GANGGUAN PADA KANAK-KANAK

Kanak-kanak kecil agak sukar dibacakan Rukyah, berikut adalah panduan bagi mengesan sama ada anak anda yang berusia di bawah 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.

Ketika anak tidur laukan langkah berikut:
1. Ambil wudhuk.
2. Letakkan tangan anda di bahagian kepala anak.
3. Baca: Al-Fatihah (1x), Ayat Kursi (1x), Al-Ikhlas, Al Falaq,An-Nas (3x).
4. Perhatikan tangan & kaki anak anda adakah bergerak-gerak semasa bacaan dilakukan.
5. Jika ada.....berkemungkinan ada gangguan.

Rawatan:
1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Kursi & 4Qul.

Bila telah dirawat, ulang semula...& ulangi rawatan jika masih ada gangguan...jika masih berlaku walau rawatn telah dilalkukan berulang kali jumpalah dengan mu'allij yang diyakini.