Monday, July 5, 2010

BENGKEL ASAS & KHATAM ASAS SILAT SENDENG

Alhamdulillah.....
Syukur ke hadrat yang Maha Esa kerana akhirnya program yang dirancang selama ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya

Terima Kasih kepada Timbalan Guru Utama PSSSM Tn Hj Rosmani bin Abd Samad, Ckg Rahman & saudara-saudara Sendeng yang datang dari jauh untuk memberi sokongan bagi menjayakan program ini...Tidak aku lupa adik tersayang Muhammad Firdaus Salihien bin Wasmin kerana dia banyak membantu dari sebelum bermulanya program hingga berakhirnya program...Tak juga aku lupakan juga adik tersayang Muhammad Fatihi bin Wasmin kerana sudi membantu (tapi abg geram sebab ko tak joint buat persembahan)...juga isteri tersayang yang selama ini banyak memberi sokongan kepada aku dari dulu hingga sekarang walau berkali-kali terjatuh & bangun ayang tetap memberi sokongan.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi satu suntikan semangat kepada anak-anak sendeng disini dalam memantapkan ilmu pusaka warisan bangsa dan memberi peluang kepada anak-anak Sendeng untuk belajar dengan orang-orang lama Silat Sendeng Malaysia. Dalam masa yang sama anak-anak Sendeng berpeluang didedahkan untuk membuat persembahan di iringi muzik silat Sendeng. Kononnya nak buat program teknik mempelajari permainan gendang silat tapi atas budjet yang ciput x dapek la nak buat....Insya-ALLAH jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki oleh yang Esa program mempelajari permainan alat muzik silat akan diadakan juga nanti.

Cukuplah celoteh aku yang entah apa-apa ni cuma diakhir taipan aku ni sekali lagi jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan program ini...Kalau ada tersilap MAAF banyak-banyak aku minta..Kepada ibu bapa yang memberi sumbangan terima kasih juga diucapkan. Jom layan sedikit gambar & apa yang ada sempat dirakamkan sepanjang program berjalan....